Tuesday, 7 July 2015

Apakah itu air ketuban?

Ini adalah gambar bayi yang dilahirkan dimana air ketuban masih belum pecah.

Kita selalu dengar pasal air ketuban kan. Tapi apakah kita tahu apakah sebenarnya air ketuban dan fungsinya kepada bayi? Ok mari kita kaji tentang air ketuban.

Air ketuban merupakan cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu.
Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Sifat air ketuban

Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah.
Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan.

Fungsi air ketuban

Mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya.
Kepentingannya yang lain ialah bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...