![]() |
Posisi mengereng sedikit |
Ibu - ibu mungkin boleh gunakan beberapa tip ini untuk menyenyakan bagi apabila tidur. Mungkin kita biasa lihat cara hospital buat. Ikut je cara hospital masa di rumah nanti.
Saya percaya hampir semua orang melahirkan anak di hospital. Secara tak langsung cara hospital praktikkan anak yang dah disusukan harus disendawa kan dahulu, pastu (balut/bedung) bayi agar bayi merasa selamat dan selesa.
Pastikan kepala bayi mengereng atau tidurkan bayi dalam posisi mengereng sedikit. Bagaimana nak mengerengkan bayi?
Lapik bantal di kiri kanan bayi. Tukar aturan kedudukan bayi dari masa ke semasa. Contohnya mengereng ke kanan 30minit, mengereng ke kiri 30minit.
Apabila kita disekitar bayi, bolehlah kita ambil kesempatan tu tidurkn bayi dalam keadaan biasa (terlentang). Awasi anak yang tidur terlentang, ok..
(Tujuan tidurkan mengereng untuk elakkan bayi lemas andai mereka termuntahkan susu semasa tidur)
Apabila anak membesar, sudah mula nakal.
Kekadang anak akan terjaga andai 'alert' ibu nya tak ada.. (Pengaruh otak mereka yang dah aktif)
Kita kena tidurkan semula mereka dengan cara berada di sisi mereka hingga mereka tidur semula..
Yang pastinya kita kena sediakan waktu yang cukup agar tidur mereka cukup. Bayi juga akan berasa selamat apabila ibunya sentiasa disisi saat mula terjaga