Sunday, 20 December 2015


Babypermataku



LAHIRNYA si kecil membuatkan, ibu bapa baru cukup teruja. Pelbagai perkara mahu dilakukan untuk bayi tapi berpada-padalah. Kawal keterujaan itu papa dan mama.

Enam perkara ini terutamanya jangan dilakukan pada bayi baru lahir. Untuk ibu bapa baru, tip ini perlu anda tahu. Pelbagai perkara mahu dilakukan untuk bayi tapi berpada-padalah. Kawal keterujaan itu papa dan mama. Untuk ibu bapa baru, tip ini perlu anda tahu.

1. Jangan beri sembarangan orang cium
Memang nampak macam ‘over’ tapi pada minggu pertama hidup bayi, pendedahan ada bakteria dan kuman boleh beri masalah serius. Sebabnya sistem imuniasi mereka belum berfungsi sepenuhnya.
Jadi sebagai ibu prihatin pastikan sesiapa yang ingin mencium dan memegang bayi anda dalam keadaan bersih. Jika nampak kotor, berilah apa-apa alasan atau terus terang saja sebabnya.

2. Jangan ubah suasana rumah
Bayi memang perlukan banyak perhatian tapi tak perlulah sampai mengubah suasana rumah antaranya seperti langsung tak boleh pasang TV, sentiasa menutup pintu dan langsir kerana bimbang bising. Suasana yang sedikit bising tak beri masalah, biarkan bayi terbiasa dengan suasana itu.

3. Jangan biar lampir kotor terlalu lama
Sebabnya bayi bawah enam bulan memang banyak kencing jadi lampin perlu ditukar selalu. Periksa selalu keadaan lampin supaya bayi selesa dan untuk mengelakkan ruam.

4. Jangan guna puting
Baru seminggu lahir bayi sudah beri puting, tindakan ini tidak elok. Pemberian puting terlalu awal boleh kelirukan rutin penyusuan. Sebabnya bayi memang suka menghisap. Terbaik berikan susu ibu sebab bayi sudah terbiasa dengan suhu tubuh, degupan jangtung dan bau ibu.

5. Jangan terlebih gaya
Ada ibu yang terlalu teruja mahu memakaikan baju cantik pada bayi. Boleh, tapi jangan berlebihan baju penuh renda dan anak tak selesa. Selain itu ramai ibu selalu bimbang bayi sejuk dan pakaikan baju tebal. Baju yang begini boleh menyebabkan bayi demam dan dehidrasi. Perhatikan kesesuaian cuaca dan keselesaan bayi.

6. Jangan abai temu janji doktor
Doktor akan mengatur jadual pemeriksaan untuk bayi jadi jangan sesekali abaikan terutama bila nampak bayi ada masalah. Ibu bapa baru memang selalu risau tentang perkara yang sebenarnya normal dan doktor mampu memberi penjelasannya.


Saturday, 19 December 2015

Perkara yang perlu dilakukan jika anak malas solat


Kepada Ibubapa yang pening kepala terhadap anak-anak yang malas untuk bersolat boleh la amalkan ayat ini selepas solat.

Ayat ini amat sesuai diamalkan untuk terapi anak-anak yang malas solat. Jagalah solat kerana dalam kehidupan di dunia ini, menjaga ‘hablun minallah’ (hubungan dengan Allah) adalah amat penting kerana ianya merupakan sumber ketenangan

Dasyatnya azab kubur

Gambar Hiasan

DALAM sebuah peristiwa, sahabat Nabi SAW bernama Al-Baraa' bin Aazib RA berkata: "Kami keluar bersama Rasulullah membawa jenazah lelaki Ansar, kami tiba di perkuburan yang sedang digali.

Rasulullah duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling Baginda seolah-olah di atas kepala kami terdapat seekor burung. Baginda memegang sebatang kayu dan menusuk-nusuk tanah. Baginda mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Berlindunglah dengan ALLAH daripada azab kubur (sebanyak dua atau tiga kali)." Lalu Baginda SAW berkata lagi:

"Sesungguhnya hamba yang beriman ketika hampir berakhir kehidupan dunianya dan bermulanya kehidupan akhiratnya, turunlah kepadanya malaikat yang putih wajahnya bagaikan matahari. Mereka datang membawa kain kapan dan wangian dari syurga. Mereka kemudian duduk di depan orang itu sejauh mata memandang. Lalu datang Malaikat Maut AS duduk di kepalanya seraya berkata: "Wahai roh yang baik, keluarlah menuju keampunan dan keredaan ALLAH."

Lalu roh itu keluar mengalir bagaikan mengalirnya titisan air dari muncung bekas air dan malaikat maut pun mengambilnya.
Ketika malaikat maut mengambil roh itu, malaikat lain memerhatikannya tanpa melepaskan pandangan walaupun sekelip mata sehingga mereka mengambilnya dan meletakkannya dalam kain kapan serta wangian yang dibawa itu.

Itulah firman ALLAH: "Dia diwafatkan oleh malaikat Kami, dan mereka tidak lalai." (Surah Al-Anaam: 61)
Dia keluar dari situ dalam keadaan bau aroma kasturi terharum yang ada di atas muka bumi. Mereka naik membawa roh itu dan setiap kali mereka melewati sekumpulan malaikat, mereka akan berkata: "Roh siapakah yang baik ini?" Malaikat menjawab: "Ini adalah Fulan bin Fulan." Sehingga tiba di langit dunia dan pintu pun dibuka buat mereka. Roh berkenaan diiringi semua penghuni langit sehingga tiba di langit berikutnya, sehinggalah sampai ke langit tujuh. ALLAH pun bertitah: "Tulislah kitab hamba-Ku ini dalam Illiyyin."
"Tahukah kamu apakah itu Illiyyin? Ia kitab yang bertulis, yang disaksikan malaikat pendamping." (Surah Al-Mutaffifin: 19-21)

Ditulis kitabnya dalam Illiyyin dan dikatakan: "Kembalikan dia ke bumi, kerana Aku sudah berjanji kepada mereka Aku menciptakan mereka daripadanya, kepadanya Aku kembalikan dan daripadanya Aku akan bangkitkan mereka semula."

Lalu dia dikembalikan ke bumi dan dimasukkan semula rohnya ke dalam jasadnya. Dia mendengar bunyi derapan kasut sahabatnya tatkala mereka meninggalkan perkuburannya.
Setelah itu dua malaikat yang kasar bentakannya menyergah dan mendudukkannya seraya berkata: "Siapa Tuhanmu?."
Dia menjawab: "Tuhanku ALLAH."
Mereka bertanya lagi: "Apa agamamu?"
Dia menjawab: "Agamaku Islam."
Mereka bertanya lagi: "Siapa orang yang diutus untuk kalian?"
Dia menjawab: "Dia adalah Rasulullah SAW."
Tanya mereka lagi, "Apa amalanmu?" Jawabnya, "Aku membaca kitab ALLAH, beriman dengannya dan membenarkannya."

Lalu kedengaran suara panggilan dari langit yang berkata: "Hambaku ini telah berkata benar, maka bentangkan tilam daripada syurga, pakaikan dia pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu menuju ke syurga!." Sehingga dia dapat mencium keharuman bau syurga dan diperluaskan kuburnya sejauh mata memandang.

Lalu datanglah lelaki yang kacak wajahnya, bagus pakaiannya dan berbau harum yang berkata: "Bergembiralah dengan apa yang membuatmu senang. Inilah hari yang dijanjikan untukmu."

Dia berkata: "Kamu siapa? Wajahmu adalah wajah yang datang membawa kebaikan."
Orang itu menjawab: "Aku adalah amal solehmu. Demi ALLAH, aku tidak mengetahui mengenaimu kecuali engkau cepat melaksanakan perintah ALLAH dan lambat mengerjakan kemaksiatan terhadap ALLAH, maka ALLAH membalasmu dengan kebaikan."

Kemudian diperlihatkan syurga kepadanya sehingga dia berkata: "Tuhanku, percepatkanlah hari kiamat, agar aku dapat kembali kepada keluargaku dan hartaku."
Dikatakan kepadanya: "Bertenanglah."

Rasulullah SAW berkata lagi: "Kalau yang mati itu orang kafir, ketika hampir berakhir hidupnya, akan datang malaikat yang kasar lagi bengis. Berwajah hitam dan membawa pakaian daripada neraka. Mereka duduk di hadapan orang kafir itu sejauh mata memandang. Lalu datanglah malaikat maut duduk di kepalanya dan berkata: "Wahai jiwa yang buruk, keluarlah menuju kemurkaan ALLAH."

Lalu rohnya keluar dari jasad dan disentap umpama sabut yang berserat banyak daripada bulu domba yang basah sehingga banyak keringat dan urat-urat terputus.
Dia lalu dilaknat sekalian malaikat di langit dan bumi. Pintu langit ditutup buatnya. Tidak ada pintu kecuali penjaganya berdoa agar roh itu tidak naik melewatinya.

Ketika malaikat maut mengambil roh itu, malaikat yang lain tidak membiarkannya walaupun sekelip mata sehingga mengambilnya dan meletakkan dalam pakaian neraka itu. Ketika itu keluar bau bangkai paling busuk yang pernah ada atas muka bumi. Mereka membawanya naik dan setiap kali melewati sekumpulan malaikat akan berkata: "Roh siapakah yang buruk ini?"  Jawab mereka: "Fulan bin Fulan."

Disebutkan nama yang paling buruk yang pernah diberikan kepadanya ketika di dunia. Tiba di langit dunia dan mereka minta dibukakan pintu untuk roh yang mereka bawa tetapi tidak diperkenankan.

Lalu Rasulullah SAW membaca firman ALLAH: "Tidak dibuka buat mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk ke dalam lubang jarum." (Surah Al-A'raaf: 40)

ALLAH kemudian berfirman: "Tulislah buku hamba-Ku ini dalam Sijjin (perut bumi yang paling bawah)!."
Kemudian dikatakan: "Kembalikan dia ke bumi, kerana Aku sudah berjanji kepada mereka, aku menciptakan mereka daripadanya, kepadanya Aku kembalikan dan daripadanya Aku akan bangkitkan mereka semula."
Roh itu dilemparkan dari langit sampai menimpa tubuhnya dan dia mendengar derapan kasut temannya tatkala mereka berpaling meninggalkan kuburnya.

Setelah itu dia didatangi dua malaikat membentak dan mendudukkannya, dan berkata: "Siapa Tuhanmu?"
Dia menjawab: "Aah..aah... aku tidak tahu."
Malaikat itu bertanya lagi: "Apa agamamu?"
Dia menjawab: "Aah..aah... aku tidak tahu."
Malaikat bertanya lagi: "Apa pendapatmu perihal orang yang diutus kepada kalian ini?" Dia tidak mengetahui nama itu.
Maka dikatakan kepadanya: "Muhammad!"
Dia menjawab: "Aah..aah... aku tidak tahu. Aku hanya mendengar manusia mengatakan sesuatu lalu aku mengatakan hal yang sama."

Lalu dikatakan: "Kamu memang tidak tahu dan tidak membaca."
Setelah itu kedengaran panggilan dari langit mengatakan: "Dia berdusta! Bentangkan buatnya tilam dari neraka dan bukakan pintu neraka untuknya." Maka ketika itu dia berasai bahang neraka dan disempitkan kuburnya sampai tulang sendinya bersilang-silang.

Kemudian datanglah kepadanya seorang lelaki buruk rupanya, berpakaian hodoh dan berbau busuk. Dia berkata kepadanya: "Dengarlah khabar yang memburukkanmu, inilah hari yang dijanjikan untukmu."
Dia berkata: "Siapa kamu?"

Orang itu menjawab: "Aku adalah amal burukmu. Demi ALLAH, aku tidak tahu kecuali engkau lambat dalam mengerjakan ketaatan kepada ALLAH tetapi cepat dalam bermaksiat terhadap ALLAH.


Kemudian didatangkan kepadanya orang bisu, tuli dan di tangannya cemeti besi! (gunung dipukul dengannya nescaya ia akan hancur menjadi tanah). Orang itu lalu memukulnya dengan satu pukulan sampai dia menjadi tanah. Kemudian dia dikembalikan semula seperti sebelumnya dan dipukul lagi. Dia menjerit dengan jeritan yang akan didengari semua makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu dibukakan buatnya pintu neraka dan dia pun berkata: "Tuhanku, jangan Engkau datangkan hari kiamat."
(Riwayat Abu Daud, Al-Hakim &  Ahmad, sahih)



USTAZ IDRIS SULAIMAN

Ahli Majlis Syura Pertubuhan Ilmuwan Malaysia

Wednesday, 12 August 2015

Perkara yang ibu boleh lakukan jika gigi anak tercabut

Keadaan gigi setelah dimasukan semula

Semua parents boleh mempelajari info yang sangat berguna ini jika terjadi kepada anak kita.

Baru-baru ni, ada seorang patient berumur 13 tahun datang bersama ibunya. Sejurus masuk, ibunya terus hulurkan sebatang gigi yang dibalut dalam tisu.

Bila diperiksa, boleh nampak dengan jelas gigi depan adik ni dah hilang sebatang. Bukan gigi patah atau gigi sumbing ye, giginya memang sebiji 'terkeluar' dari soket gusi .

Ceritanya, si anak terjatuh di taman permainan semalam dan giginya 'terkeluar'. Dia kutip gigi tu, dan terus bawa balik ke rumah. Di rumah, ibunya cuci gigi tu dengan air paip dan 'Colgate', dan balut dalam tisu untuk semalaman. Keesokan harinya baru datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Hmm, tak boleh buat camtu ye tuan-tuan dan puan-puan.. Salah caranya tu. Silap-silap gigi tu dah tak boleh pakai lagi dah.

Sepatutnya perlu melakukan langkah di bawah

Hmm, ramai yang tak tahu nak buat apa kalau jadi kecederaan camni. So, apa yang sepatutnya kena buat? 

1. Kutip gigi yang tercabut itu dengan segera. 
2. Pegang gigi pada bahagian 'kepala gigi yang warna putih' tu. Jangan sesekali pegang pada bahagian akar gigi! 
3. Kalau kotor, lalukan gigi di bawah aliran air sejuk bersih selama 10 saat dan cuba masukkan balik gigi kat dalam soket gusi. 
4. Kalau gigi boleh dimasukkan, ambil sapu tangan bersih dan gigit sekuat-kuatnya 
5. Kalau tak berjaya masukkan gigi, terus rendam gigi tu dalam AIR LIUR (air liur sesiapa sahaja) atau SUSU SEGAR (fresh milk tau, bukan susu sejat atau susu pekat!) 
6. Terus pergi ke klinik untuk rawatan, seelok-eloknya dalam masa 30 minit. Jangan tunggu esok baru nak jumpa doktor! 

Kalau gigi tu dihandle dengan cara betul, doktor gigi boleh letak balik gigi tu dalam soket gusi dan pasang 'besi sementara' untuk stabilkannya. Kemudian, doktor akan buat rawatan akar dan pantau gigi tu dalam masa 6 minggu. Kalau bernasib baik, gigi tu akan pulih dan boleh guna macam biasa balik..

Ibu-ibu, bapak-bapak dan guru-guru kena ambik tahu pasai ni naaaa ☺
P/s: Oh yaa, nama 'sains' yang kita panggil untuk kecederaan camni ialah 'Tooth Avulsion'. Boleh google kalau nak tahu lagi lanjut. Hehe

Kredit - Dipetik dari FB Ainaa Nadia

Tuesday, 11 August 2015

Demam campak membawa maut

Biji demam campak - Gambar Hiasan

BARU-BARU ini, dilaporkan terdapat peningkatan kes demam campak (measles) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 73 kes dilaporkan sehingga 30 Jun 2015, berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada kes tersebut, sebanyak 79 peratus daripada kes demam campak yang menghidap pesakit seawal usia sebulan hingga 43 tahun didapati tidak mendapat suntikan vaksin campak iaitu MMR yang diberikan sebanyak dua dos kepada kanak-kanak di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan iaitu pada umur 12 bulan dan 7 tahun.

Peningkatan peratusan itu amat membimbangkan kerana komplikasi demam campak yang berbahaya terutama jika dihidapi kanak-kanak. Antaranya, jangkitan kuman pada otak atau masalah pernafasan yang bukan saja memudaratkan kesihatan dan memberikan kesan jangka panjang, malah boleh membawa maut!

Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Ling Shih Gang berkata, tiada rawatan khas untuk demam campak, sekadar rawatan untuk merawat simptom dan komplikasinya yang paling berisiko untuk pesakit dalam kalangan kanak-kanak.

“Tiada rawatan spesifik terhadap demam campak, sama seperti kebanyakan virus lain seperti denggi. Antibiotik sememangnya tiada kesan kepada campak kerana antibiotik melawan kuman bakteria.
“Jadi, kita memberi rawatan simptomatik bagi mengawal simptom penyakit tersebut. Sebagai contoh, ubat demam bagi meredakan demam dan ubat sapu bagi mengurangkan kegatalan ruam campak dan sebagainya.

Komplikasi yang paling merisaukan adalah ensefalitis iaitu jangkitan kuman otak. Ia berlaku kepada satu dalam 1,000 kanak-kanak yang menghidap demam campak serta boleh menyebabkan kerosakan otak dan maut.

“Jangkitan paru-paru yang boleh dihidapi pesakit demam campak juga boleh membawa maut. Contohnya, jika kuman tersebut menyerang paru-paru, kita tidak boleh beri oksigen untuk memulihkan pernafasan atau menggunakan mesin bagi bantuan untuk bernafas,” terangnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Virus

Demam campak adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus paramyxovirus. Ia berjangkit melalui udara iaitu apabila bernafas dengan udara yang mengandungi kahak, air liur, hingus pesakit campak dalam lingkungan satu meter atau tersentuh dengan cecair badan pesakit demam campak. Untuk orang dewasa, ia juga boleh berjangkit melalui hubungan suami isteri.
Kanak-kanak paling kerap menghidap demam campak kerana virus ini sangat senang berjangkit. Namun menurut Dr. Shih Gang, Malaysia sudah memulakan program imunisasi terhadap campak sejak dahulu lagi iaitu sekitar tahun 1970-an.

“Vaksin untuk demam campak diberikan dalam satu vaksin yang dipanggil MMR iaitu gabungan tiga vaksin campak, benguk dan rubela. Biasanya diberi dalam usia satu tahun dan diulangi dos kedua pada usia tujuh tahun.

“Sebelum 2003, suntikan MMR diberi satu dos sahaja di Malaysia iaitu ketika usia setahun. Namun didapati kira-kira 10 hingga 15 peratus kes demam campak tetap berlaku bila usia menginjak tujuh tahun dan ia dipanggil breakthrough infection.

“Mengikuti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melakukan dos tambahan pada usia tujuh tahun, kes breakthrough infection dilihat berkurangan dengan banyak,” ujarnya.
Sekali gus, Dr. Shih Gang tidak menyangkal mereka yang hanya mendapat suntikan vaksin sekali sahaja sebelum tahun 2003 yang kini dianggarkan berusia 19 tahun ke atas, berisiko menghidap demam campak.

Namun ujarnya, buat masa ini, tiada saranan untuk diberikan dos kedua suntikan vaksin MMR kepada golongan tersebut kerana ia lebih berisiko untuk golongan kanak-kanak.


Jangan ambil mudah demam campak

Symptom demam campak
Apakah itu demam campak?

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Tanda-tanda anak anda kena demam campak

Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.

Bagaimanakah jangkitan awal berlaku

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

Bertindak segera

✔ Bawa anak berjumpa doktor
✔ Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya
✔ Sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau    enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.
✔ Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian.
✔ Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang      nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Bila Demam Kebah?

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Adakah Ada Komplikasi Sampingan?

Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?

*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.
*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.

Tuesday, 7 July 2015

Mendidik anak-anak di awal usianya


Ada kata-kata bijak “Pendidikan adalah apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar” adalah tepat adanya. Perhatikan lingkungan tempat tinggal, tontonan serta prilaku kita sebagai orang tua, karena hal-hal ini sangat mempengaruhi anak.

Tunjukan perilaku yg baik ketika dihadapan anak2 kerana mereka mudah terikut berdasarkan perilaku kita. Apabila bercakap atau kita berbual dengan orang lain juga hendaklah menjaga perkataan kerana kadang-kadang kita tidak sedar yang anak sedang mendengar.

Ibu bapa adalah contoh yang terbaik kepada anak-anak.

Garangnya- Gambar Hiasan

Baby bosan


Muka bayi apabila bosan.. hehe - Gambar Hiasan

Pernakah kita tahu bahawa bayi juga boleh merasa bosan. Bila bayi bosan apa perlu ibu2 buat ?

Tangisan "aku bosan": Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian anda.

Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian (pastikan suara sedap ye), membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.



Lirik Lagu Lelaki Seperti Aku - Alif Satar

Oo baby baby..Jangan kau marah sebab ku tolak..Ku tahu kau cantik..
Ku percaya kau baik..Ku yakin pasti ada..Lelaki yang tertarik..
Oo baby..Jangan kau dendam sebab ku enggan..Bercinta aku mahu..
Tapi tidak denganmu...Ku sudah ada satu..Kekasih yang menunggu..~

Kakak kandung yang susukan anak angkat ?



Perkara ini mungkin nampak biasa tapi implikasinya sangat besar di sisi agama. Mohon ibu2 betulkan kalau silap ye

"Jika kakak saya yang menyusukan anak angkat lelaki saya, adakah anak ini menjadi mahram kepada anak perempuan saya? "

Soalan: Sekiranya saya tidak dapat menyusukan anak angkat lelaki saya, dan kakak kandung saya yg menyusukan anak itu sehingga menjadi ibu susu anak saya tadi, adakah anak perempuan kandung saya akan menjadi mahram kepada anak angkat lelaki saya itu tadi?

Jawapan: Anak lelaki tersebut jika hanya disusukan oleh kakak kepada ibu yang memeliharanya, akan hanya menjadi mahram kepada ibu yang memeliharanya sahaja tetapi tidak kepada adik beradik yang lahir dari ibu peliharaannya. Namun dia adalah mahram kepada kesemua anak kepada ibu yang menyusukannya.

Dipetik dari susuibu.com


Bagaimanakah cara pisahkan susu badan dengan anak?


Reaksi anak apabila melihat nenen asam. keh keh keh

Orang lama sangat menarik apabila cuba untuk pisahkan susu badan dengan anak apabila anak mengjangkau lebih dari 2 tahun..letak asam dekat nenen la,letak milo dekat nenen bagi nampak kotor dan nanti anak takot dan juga cakap burung bawa lari nenen..waakakakah..

Terdapat beberapa cara yang mungkin boleh dipraktikan adalah oleh ibu :- 

Lakukanlah dengan penuh kasih sayang. Pujuk anak dengan memberitahu sebab kenapa dia perlu berhenti menyusu. Kurangkan penyusuan sedikit demi sedikit sehingga si anak benar-benar bersedia untuk bercerai susu.

Gantikan saat istimewa penyusuan dengan aktiviti berkualiti seperti membacakan buku cerita dan bermain beberapa permainan yang menyeronokkan.

Apabila waktu malam, cuba kenyangkan bayi dengan makanan yang sesuai dengan peringkat umurnya agar dia tidak tercari cari susu pada waktu malam.

Berkomunikasi dengan anak dengan cara bercakap dan jangan lupa tenung mata anak semasa bercakap merupakan cara paling berkesan untuk pahamkan anak.

Akhir sekali berdoalah kepada yang Maha Kuasa agar dipermudahkan untuk melaksanakan proses ini..

Cara tidurkan bayi agar nyenyak

Posisi mengereng sedikit

Ibu - ibu mungkin boleh gunakan beberapa tip ini untuk menyenyakan bagi apabila tidur. Mungkin kita biasa lihat  cara hospital buat. Ikut je cara hospital masa di rumah nanti. 

Saya percaya hampir semua orang melahirkan anak di hospital. Secara tak langsung cara hospital praktikkan anak yang dah disusukan harus disendawa kan dahulu, pastu (balut/bedung) bayi agar bayi merasa selamat dan selesa.

Pastikan kepala bayi mengereng atau tidurkan bayi dalam posisi mengereng sedikit. Bagaimana nak mengerengkan bayi? 
Lapik bantal di kiri kanan bayi. Tukar aturan kedudukan bayi dari masa ke semasa. Contohnya mengereng ke kanan 30minit, mengereng ke kiri 30minit.
Apabila kita disekitar bayi, bolehlah kita ambil kesempatan tu tidurkn bayi dalam keadaan biasa (terlentang). Awasi anak yang tidur terlentang, ok..
(Tujuan tidurkan mengereng untuk elakkan bayi lemas andai mereka termuntahkan susu semasa tidur)

Apabila anak membesar, sudah mula nakal.
Kekadang anak akan terjaga andai 'alert' ibu nya tak ada.. (Pengaruh otak mereka yang dah aktif)
Kita kena tidurkan semula mereka dengan cara berada di sisi mereka hingga mereka tidur semula..
Yang pastinya kita kena sediakan waktu yang cukup agar tidur mereka cukup. Bayi juga akan berasa selamat apabila ibunya sentiasa disisi saat mula terjaga



Muhammad nama popular untuk bayi di Britain


Tahukah anda ?


Terbaca di sinar harian hari ini mengatakan nama Muhammad menjadi nama paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales tahun lalu.
Menurut hasil kajian yang dipetik daripada www.Breitbart.Com berkata , nama tersebut bagaimanapun tidak berada di tempat teratas senarai nama paling banyak digunakan kerana dieja dengan pelbagai cara berbeza.

Nama berkenaan dieja :
- Muhammad,
- Mohammed 
- Mohammad 
Jumlahnya mencecah 7,445.

Kajian itu sebaliknya menyenaraikan Oliver secara rasmi sebagai nama terpopular dengan 6,949.
Nama Muhammad begitu popular kerana tiga juta umat Islam di Britain cenderung untuk menamakan sekurang-kurangnya salah seorang anak mereka mengikut nama Nabi Muhammad.
Kebanyakan bayi yang dinamakan Muhammad tertumpu di bandar raya London dan Midland Barat sementara Oliver di tenggara, Wales Selatan dan Wales.
Sementara nama kerabat diraja Britain, Wiliam, Harry dan George kini menguasai tiga daripada 10 tempat dalam senarai nama paling popular di Britain.

Apakah itu air ketuban?

Ini adalah gambar bayi yang dilahirkan dimana air ketuban masih belum pecah.

Kita selalu dengar pasal air ketuban kan. Tapi apakah kita tahu apakah sebenarnya air ketuban dan fungsinya kepada bayi? Ok mari kita kaji tentang air ketuban.

Air ketuban merupakan cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu.
Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Sifat air ketuban

Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah.
Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan.

Fungsi air ketuban

Mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya.
Kepentingannya yang lain ialah bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.


Adakah air ketuban boleh pecah ?


Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu ibu hamil mengalami kontraksi.
Air ketuban yang terlalu berlebihan pula boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah.

RISIKO 

Risiko ketuban pecah mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada ibu hamil yang mempunyai masalah polihidramnios (air ketuban terlalu banyak) dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan Caesarean bagi mengeluarkan bayi.

Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Apabila ini berlaku, ibu hamil juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.
Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Sindrom aspirasi meconium pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya.
Air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor !!!!

Benda penting yang selalu diabaikan oleh Ibu bapa di rumah


Peringatan untuk ibu bapa sekalian


Jika ada anak yang di bawah 9 tahun, ada baiknya simpan termometer di rumah.
Jika anak sakit demam, 
✔ monitor suhu anak sendiri.
✔ sediakan ubat demam jenis cecair dan suppository (ubat demam yg bg kt punggung) sentiasa.
✔ Jika anak demam 37.5, start bagi ubat ikut dos doktor suruh setiap 6 jam sampai demam dia baik.
Anak yg demam selalunya suhu paling tinggi  pada waktu malam.Jadi tuan puan jangan bersuka ria tidur tanpa monitor suhu anak sampai pagi. Ini sangat bahaya!!
Jika suhu anak lebih 38.5 bagi sahaja supp kepada dia walaupun tidak cukup waktu lagi nak bagi ubat. Supp memang boleh diberi antara masa makan ubat jika suhu anak tinggi sangat. Jika sudah beri supp, 

 sila lap badan, dahi, ketiak anak atau boleh letak cool fever.
✔ Jangan pakaikan dia sweater atau baju lengan panjang masa dia demam.
✔ Tidak membantu dia baik demam. Dia akan mengadu sejuk sebab fisiologi badan bertukar masa dia     demam tapi itu tak bermakna suhu badan dia dah turun.
✔ Check dan monitor suhu!
✔ Target penjagaan anak masa ini adalah supaya suhu anak tidak lebih daripada 38 kalau boleh.

Selagi suhu tidak turun sampai bawah 38, sila jangan tidur dan lakukan sesuatu sampai suhu badan anak turun. Walaupun sudah turun, setiap 30 minit atau 1 jam sekali mesti bangun dan periksa suhu badan anak.
Apa pentingnya mesti kena jaga sampai macam ini sekali?
-Sebab suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan anak untuk dapat sawan.


Masalahnya, bila sus=dah kena sawan anak tersebut berkemungkinan akan dapat epilepsi dan boleh jadi cacat seumur hidup. Jadi, jangan ambil mudah kalau anak demam.
Pengorbanan anda berjaga semalaman untuk menjaga anak demam adalah sangat berbaloi.
Spread the words to all mothers.Let them know.

Oleh : Dr Nurul Yusof

Kenapa anak suka block view kita depan TV?

Admin terbaca satu artikel daripada Dr Rozanizam Zakaria yang sangat menarik untuk dikongsikan.
Mungkin dengan memahami kelakuan anak dapat meningkatkan lagi hubungan ibu dan anak. Baca artikel di bawah.


Mari Lihat Apa kata Ilmu Psikologi?

Anak mana yang tak pernah berdiri betul-betul depan tv waktu kita menonton? 
“ha, masuk lah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka.

Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.
Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model.
Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.
Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.
Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya Nampak, orang lain mesti nampak juga!’
(Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)

        
Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.
'Kalau biar, rabun mata nanti doktor..'
Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibubapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka. Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana 'nakal' dan berbuat sesuatu kerana sifat 'semulajadi kanak-kanak'yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.
Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.
Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam samarata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.

SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya. Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...